sudahsudah , hari ni aku malas dah nak berucap panjang-panjang macam penolong kanan HEM kat sekolah aku tu berucap masa perhimpunan kan ? tettt ! ''err .., hai puan ! sihat ?'' :P
Balik kepada entry aku hari ni ... B O L A ! :) ''ouh ! apakah itu BOLA ?'' adakah sejenis makanan yang dicicah bersama sos pencicah yang dibeli di kedai mak cik Pe'ah ( sila sengaukan disitu ) tempoh hari ?'' atau ''adakah ia sejenis binatang yang menanti hari-hari terakhir untuk disembelih dan dijadikan lauk makan malam keluarga mak cik Pe'ah untuk malam esok ?'' ouh tidak ! tidak ! tidak sama sekali ! :) tak dak kena mengena langsung wahai manusia !
Baik , itu pendahuluan ! hehhe ;) sekarang kita masuk bab isi kandungan ! :)
oklah , bila cita pasai bola ni sebenarnya aku tak la pro sangat tapi sekadar mengambil tahu ,dan tahu -menahu serta mengetahui la jugak pasai bola ni. Bukannya susah sampai perlu menggaru-garukan kepala yang tidak gatal umpama menjawab soalan chemistry masa final year hari tu pon kan ? senang ja beb ! Bukak berita , dengar radio , baca paper ..dah konfem-konfem hang dah ''timba ilmu'' pasai bola sepak. ceyh ! bajet aku tengok berita la tu kan ? huahuahua :) tapi harus diingat ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian , bila dah baca paper tu ,jangan pulak tetiba hang nak cari info pasai bola dekat part katun-katun tu ! no no no ! tarak baek itu macam . :P
Selalunya bila ayah dengan abang-abang aku cerita pasai bola kat rumah , ada la kedengaran sepoi-sepoi bahasa melayu suara aku ni kan ? hahha :) ya la , agak-agak la...takkan la hang bajet ayah dengan abang-abang aku nak cerita pasai cara-cara membuat chocolate cake kowt kan ? rosak ,rosak ! mak aku ? huh ! kalau setakat bercerita ... tak jadi ! kena la tunjuk kepakaran sekali kan ? heih , bangga abeh ! :P
'Aku dengan bola ?' ;)
oh ya ! sudah sememangnya la aku xmaen benda bulat tu ! kalau aku main , mau ayah dengan mak aku heran ! '' eh eh abang , kita ada anak lelaki tiga orang ja ..ni mana mai pulak lagi
Aku ingat lagi masa aku umur .. er , maaf ! tak dapat dikenalpasti ! :P pemain bola pertama yang aku minat .. BAMBANG PAMUNGKAS ! dia dulu main untuk selangor tapi dia asal dari indon sebenarnya ! haa , dulu aku kira penyokong setia selangor la ! hahha :) kira bambang ni punya pasai !
ouh ! ini dia ... BAMBANG PAMUNGKAS ! :)
Tapi sekarang , dah tak dak lagi pemain nama Bambang Pamungkas dalam team Selangor . harap maklum ! sekarang ni , dia dah main untuk negara dia sendiri daa .. :)
Bila cerita pasai pemain bola sepak pulak , dak konfem-konfem kalau tanya dekat mana-mana lelaki di luar sana .. nama -nama pemain bola sepak luar mesti ada jugak terselit-selit disitu ! sebab apa ? terror katanya ! stylo katanya ! manchester united ? chelsea ? barcelona ? arggghhhhh ! liverpool jugak pilihan aku. hahha :) Selalunya , bila aku tanya kebanyakan lelaki la , hang minat footballer sapa ? SELALUNYA , nama christiano ronaldo jugak yang disebut-sebut ! tak pon .. drogba ! tak pon , michael ballack !
ouh ! ni bajet handsome namanya ! :P
Didier Drogba !
ini .. michael ballack !
tapi tak bagi aku ! christiano ronaldo tu kira orang terakhir yang akan aku pilih .Itu pon setelah melalui proses-proses utama terlebih dahulu ! ditapis ? ouh , HARUS ! :) Bila cerita pasai Christiano Ronaldo ni , perempuan-perempuan di luar sana sudah se MESTI nya memilih beliau dengan alasan-alasan yang sungguh annoying ! macho katanya ! handsome katanya ! kacak katanya ! piiirrrraaaaahhhhhhhhhh ! yang ado ! STEVEN GERRARD jugak pilihan aku ! hahha :)
haa ! ni baru betoi ! :P
dah banyak dah aku dengar pasai pemain bola separ luar ni ! dah malas dah.sungguh menyakitkan telinga . lagi satu , bila cerita pasai pemain bola sepak luar ni , mesti ada saja nak banding-bandingkan dengan pemain bolasepak malaysia ! kan ? kalau dah banding-banding tu ,dah konfem-konfem mulut capoi yang amat ! Boleh pulak dok mengutuk pemain kita sendiri kan ? oo , bila menang ... beria mengaku ' SAYA ANAK MALAYSIA ' .Bila kalah ja depa tu , mula la keluar segala macam ayat yang mempamerkan ketidakbijaksanaan disitu ! macam-macam ! Dah kalau pandai sangat dok menghina orang lain , awat tak pi jadi wakil malaysia ja ? HARUS DIINGAT ! kalau la anda-anda yang bermulut celupar tu terror sangat main bola sampai pandai sangat mengkritik pemain-pemain bola sepak malaysia , tak dak la sekarang ni anda yang jadi pengkritik ! seharusnya , anda yang jadi orang yang dikritik ! tak gitu ? sepatutnya , kalau dah pandai sangat main bola , dekat atas pandang tu la tempat anda sekarang ! (er , maaf ! ketidakpuasan hati berlaku di situ) :P
Aku bukan apa..kesian sebenarnya. Kadang-kadang , kita sampai lupa pemain-pemain kita sebenarnya sangat-sangatlah mengharapkan sokongan daripada kita ! kalau dah bagi sokongan tu , jangan bila menang ja ! bila kalah , hang lari ..! memang tidak bijak langsung ya anda ! harap maklum ! :) Aku berani cakap la ..maybe ada sesetengah peminat bola sepak yang sememangnya meminati bola sepak luar tak pernah tau atau kenal pemain bola sepak dalam Malaysia ! ok , fine kalau hang memang tak minat bola .tapi , yang peliknya ..hang boleh pulak kenai ~Kaka , Alexandre Pato ,Luis Figo ~ dan sewaktu dengannya tapi nama kapten team bola sepak malaysia pon hang tak tau ! tu memang la kritikal wey .sila balik ke pangkal jalan .. :)
zaquan adha ... striker ! :)
haaa , dia ni kalau ampa tak kenai .. aku rasa , adalah lebih elok kiranya ampa menghempas-hempaskan kepala ampa di batu yang bergelimpangan di pantai ! tima kaseh ~ :)
tetapi ini adalah kembarnya , aidil zafuan! harap maklum! :)
oh ya ! ini adalah safee sali .. juga antara pemain yang hebat pada pandangan saya ! :)
p/s : yang baju kuning tu ! ;)
Dia sangat-sangat la terror bagi aku . cekap.pantas. padu. :)
Sebelum aku mengundurkan diri .. ''ewah ! seronok pulak ampa noh ?'' =.=' , aku nak ucapkan T A H N I A H kepada team bola sepak Malaysia sebab berjaya mengalahkan Laos sampai lunyai ! hakhakhak ( gelak besaq ) :P
ouh ! ini berita daripada KOSMO ! HEEE :)
cepat tadah tangan ! ALHAMDULILLAH :)
aku pon dah penat menaip . take care !
assalamualaikum ! :D
No comments:
Post a Comment