template

Dec 12, 2010

haihhh .. dunia , dunia .. :)

assalamualaikum ! wink.wink ;)


entry untuk kali nieh . sangat CEPAT . PADU . dan MUTAKHIR ! :)


ok , aku straight to the point . 
Tadi , tengah syok-syok aku membuang masa dengan ber'facebook' bersama facebookers-facebookers yang lain ,tetiba aku ada terdengaq bunyi lagu real love - Massary . heh ? apa ke halnya tetiba lagu tu keluaq ? ouh ! sebenaqnya , tu lagu untuk message alert aku . hahha :D .. Dengan tidak semena-menanya , aku berlari pecut dan terus mencapai handphone aku yang sudah 3 hari terbiar bergelimpangan di dalam bilik ! heeheee :)


oh ! '1 message received ' .Tengok-tengok , mesej tu daripada kawan aku ,nurul aifa azida bt azizan namanya ! :) ish ! pelik jugak nieh . Dia bukannya selalu mesej aku pon . kalau dy send mesej kat aku pon , tu sebab keboringan yang teramat dahsyat ,takpon sebab saja nak gaduh dengan aku . haha :)
Dengan berbekalkan perasaan ingin tahu , aku tekan la button ' view ' kat situ .
Baca punya baca , mesej tersebut berbunyi begini .


' PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA , COLLEGE ATAU SEKOLAH ATAU KELUAR SENDIRIAN . JIKA ANDA TERJUMPA BUDAK KECIL SEDANG MENANGIS ATAS JALAN , YANG MEMBERI ANDA ALAMATNYA DAN MEMINTA ANDA AGAR MENGHANTARNYA KE ALAMAT TERSEBUT . SILA BAWANYA KE BALAI POLIS . TAK KIRA APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN , JANGAN BAWANYA KE ALAMAT YANG DIBERIKAN . INI ADALAH TAKTIK BARU UNTUK PENJENAYAH MEROGOL WANITA . SILA SMS KAN MESEJ INI KEPADA SEMUA RAKAN ANDA AGAR MEREKA BOLEH MEMBERITAHU  MAKLUMAT INI KEPADA RAKAN-RAKAN MEREKA DAN AHLI KELUARGA MEREKA . TERIMA KASIH .' 


DARI : ASP SUMAN KUMAR (D9-BUKIT AMAN)


haihh . bila dengaq macam tu , rasa takut pon ada nak keluaq rumah .yala , takot terjumpa budak kecik pelakon terhebat tu . Bila pikiaq-pikiaq , aku sure budak tu pon dah jadi mangsa penjenayah-penjenayah tu .Tapi kita kadang-kadang , even kita ada dapat mesej tu pon , kita mesti ada rasa kasihan dekat budak tu kan ? yala , budak-budak ! Tambah-tambah yang nangis xhengat dunia tepi jalan tu .Tapi , bila dah dapat mesej sampai bagi peringatan bagai ni , aku rasa .. janganlah kita jadi terlampau bendoi sangat sampai ikot ja budak tu cakap . SANDIWARA DUNIA . macam-macam dah jadi sekarang .Buat baik salah , buat jahat lagi la salah . 
Apa-apapon , kita ada akal ,kita pikiaq la sama-sama (macam penah dengaq pulak) =.='


assalamualaikum ! :)


p/s : sekarang ni , macam-macam taktik penjenayah ni . Ada otak , tapi pikiaq cara yang membodohkan diri sendiri . Gunalah otak kearah kebaikan . Sebagai contoh : cipta robot untuk buat homework mungkin ? :P

No comments:

Post a Comment