template

Dec 28, 2010

LASER ohhhhh LASER !

assalamualaikum  ! wink wink ;)


haaa , dah lama tak update blog , tup-tup harini muncul kan ? haha ! :) orang bizi la woih . :P
oklah ,seperti sedia maklum , esok ! yeah , 29 Disember 2010  ..bakal menentukan MALAYSIA atau INDONESIA yang bakal jadi champion Piala Suzuki AFF ! memang la Malaysia dah ada bekalan 3-0 ke Indonesia , tapi .. bola tu kan bulat ? :) so , kita tunggu ja la macamana nanti . hehhe :) apa2pon , Malaysia terbaekkkkkkk la . haha   ! :D


Kalau ada sapa-sapa yang tengok FINAL masa dekat stadium Bukit Jalil tu , mesti hampa tau kan ? heboh kot dekat page anti-anti Malaysia ! ' Malaysia mainnya curangggggggggggg ! ' .. ' Malaysia pakek laserrrr ' haha ! lawak sungguh la orang-orang Indonesia . Terima ja la hakikat kan ? redha ja la dah kalah  ! :) Bersyukur lah apa yang ada . heee :) Sudah la , malas nak cerita panjang-panjang ! Tadi , masa tengah seronok-seronok  berfacebook  , tetiba terbaca satu info daripada Kenari Fans Squad  ! aiseyh , terkejut memang terkejut la  . Dalam info tu , orang-orang Indonesia macam nak balas dendam la dekat orang-orang Malaysia ni . Semua , disebabkan LASER ! oh , tidakkkkkk ! =.='' 

                                ********************************


JAKARTA: Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.

Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.

“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.

“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.

“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.

Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.

Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.

“Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya,” katanya. - Agensi
                            




                                           ******************************

haaa , hampa tau JULIA PEREZ ? haha ! kalau tak tau , pi tanya hencik google ok ? haha ! ;)


Pasal ni , aku pun tak tau nak cakap apa ! Harap-harap , kalian-kalian ini segera bertaubat ya ? :)
apa derr ? nak main bola pon , kena guna cara kotoq ka ? Tak payah la . Tak kemana pun ! Nak cari pemain berkualiti , kena la usaha sendiri . Bukannya cari dengan mengambil kesempatan kat atas kesalahan  orang lain .tak gitu ? addoy ! =.='
Apa-apa pun , lu ada otak ! haaaaa , lu pikir la sendiri . :)
chiLL  !
assalamualaikum ! :)

p/s : Harap-harap pemain Malaysia dekat Indonesia tu , selamat la eh ? aminnnnnnnnn :)

Dec 12, 2010

haihhh .. dunia , dunia .. :)

assalamualaikum ! wink.wink ;)


entry untuk kali nieh . sangat CEPAT . PADU . dan MUTAKHIR ! :)


ok , aku straight to the point . 
Tadi , tengah syok-syok aku membuang masa dengan ber'facebook' bersama facebookers-facebookers yang lain ,tetiba aku ada terdengaq bunyi lagu real love - Massary . heh ? apa ke halnya tetiba lagu tu keluaq ? ouh ! sebenaqnya , tu lagu untuk message alert aku . hahha :D .. Dengan tidak semena-menanya , aku berlari pecut dan terus mencapai handphone aku yang sudah 3 hari terbiar bergelimpangan di dalam bilik ! heeheee :)


oh ! '1 message received ' .Tengok-tengok , mesej tu daripada kawan aku ,nurul aifa azida bt azizan namanya ! :) ish ! pelik jugak nieh . Dia bukannya selalu mesej aku pon . kalau dy send mesej kat aku pon , tu sebab keboringan yang teramat dahsyat ,takpon sebab saja nak gaduh dengan aku . haha :)
Dengan berbekalkan perasaan ingin tahu , aku tekan la button ' view ' kat situ .
Baca punya baca , mesej tersebut berbunyi begini .


' PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA , COLLEGE ATAU SEKOLAH ATAU KELUAR SENDIRIAN . JIKA ANDA TERJUMPA BUDAK KECIL SEDANG MENANGIS ATAS JALAN , YANG MEMBERI ANDA ALAMATNYA DAN MEMINTA ANDA AGAR MENGHANTARNYA KE ALAMAT TERSEBUT . SILA BAWANYA KE BALAI POLIS . TAK KIRA APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN , JANGAN BAWANYA KE ALAMAT YANG DIBERIKAN . INI ADALAH TAKTIK BARU UNTUK PENJENAYAH MEROGOL WANITA . SILA SMS KAN MESEJ INI KEPADA SEMUA RAKAN ANDA AGAR MEREKA BOLEH MEMBERITAHU  MAKLUMAT INI KEPADA RAKAN-RAKAN MEREKA DAN AHLI KELUARGA MEREKA . TERIMA KASIH .' 


DARI : ASP SUMAN KUMAR (D9-BUKIT AMAN)


haihh . bila dengaq macam tu , rasa takut pon ada nak keluaq rumah .yala , takot terjumpa budak kecik pelakon terhebat tu . Bila pikiaq-pikiaq , aku sure budak tu pon dah jadi mangsa penjenayah-penjenayah tu .Tapi kita kadang-kadang , even kita ada dapat mesej tu pon , kita mesti ada rasa kasihan dekat budak tu kan ? yala , budak-budak ! Tambah-tambah yang nangis xhengat dunia tepi jalan tu .Tapi , bila dah dapat mesej sampai bagi peringatan bagai ni , aku rasa .. janganlah kita jadi terlampau bendoi sangat sampai ikot ja budak tu cakap . SANDIWARA DUNIA . macam-macam dah jadi sekarang .Buat baik salah , buat jahat lagi la salah . 
Apa-apapon , kita ada akal ,kita pikiaq la sama-sama (macam penah dengaq pulak) =.='


assalamualaikum ! :)


p/s : sekarang ni , macam-macam taktik penjenayah ni . Ada otak , tapi pikiaq cara yang membodohkan diri sendiri . Gunalah otak kearah kebaikan . Sebagai contoh : cipta robot untuk buat homework mungkin ? :P

Dec 10, 2010

haihhh .. aku tengah MARAH ni . M A R A H (!)

assalamualaikum ! wink.wink ;) <----- adalah WAJIB walau anda sedang MARAH , MURKA , MENGGILA atau yang sewaktu dengannya !




                                                     argggggggggghhhhhhhhhhhhhhh (!)                   

''eh ,  apa bising-bising nieh ? cilek ..cilek ! sekarang ni ,  hang marah ka .. gumbira ka .. sedih ka .. walau  menangis tak berirama sekalipon , ada aku kesah ? not my prob la dey !''

..ewah-ewah ! sapa yang ada mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa ? cis ! sekarang ni , aku nak tanya .. '' ada aku suruh hang dengaq ka ? takdak kan ? takdak kan ? aku suruh hang baca ja ..manada bising-bising bagai .kalau bising pun ,lagu yang aku bubuh tu yang bising .bukan aku ! not my fault , not my fault . hehhe ;)

sudah-sudah .kita balik kepada perasaan marah yang sedang membuak-buak bagai kari ayam yang sedang menggelegak-gelegak kepanasan ! ouh , itu dia. peribahasa baru untuk edisi peribahasa moden '2011' ya kanak-kanak sekalian .''bagai kari ayam yang menggelegak-gelegak kepanasan '' hehhe :)
haihh .. aku ni bukan apa . Aku takmau marah-marah ni .manada aku pernah marah .tak pernah , tak pernah ! perkataan 'marah' pon aku taktau apa benda .kan ? kan ? :P . tetapi seekor saitan yang mengekori serta menggoda-goda aku ni berjaya mengalahkan aku untuk hari ini. cis ! tergoda pulak aku dekat dia harini. dasar saitan.oh ! hampir terlupa .syabas SAITAN ! =.='

oklah , kita straight to the 'titik' . er, apakah ?! =.=' Sebenarnya , benda yang membuatkan aku marah ni takdak la besaq manapon .tapi , disebabkan aku dah terapkan 'nilai murni' dalam diri aku untuk membesar-besarkan keadaan yang sememangnya kicik , jadi ....  memang aku nak besar-besarkan la ni sebab benda ni sudah bikin guwa 'hot' bero ! sini-sini guwa nak cerita . dasar kebret . cis ! ;(

Sebab utama timbulnya perasaan marah yang disertakan dengan segenggan geram ni kerana .. kerana apa ? kerana ..... taun depan sekolah guwa balik lambat bero ! 2.40 petang baru balik ? cis ! memang pantang betoi aku eih . =.=' .. dah elok-elok pukul 2.30 ( tu pon dah menyiksa jiwa dan raga aku ) , dia pi tambah pulak lagi 10 minit ? 'eleh , 10 minit apalah sangat .kata kuat ? '. ni bero , 10 MINIT tu  , kalau aku balik rumah, aku dah boleh menunaikan ibadah wajib aku  sebagai seorang muslim hang tao ? . sembahyang bero , sembahyang zohor ! bukan setakat sembahyang zohor , silap-silap .. solat hajat pon aku boleh sertakan sekali. tak gitu ? acceyh ! tetiba  aku rasa aku orang paling baik di alam semesta  . huahuahua :D

Tu satu alasan baru . ada lagi , ada lagi ! Ni aku nak bagitau la .Walaupun sekolah aku telah mendapat gelaran atau pangkat atau darjat dan sewaktu dengannya sebagai ' high performance school ' atau kalau hang buat google translate , er..boleh ka ? =.=' ..lantak pi ! buat ja . kalau di bahasa melayukan , maksud dia ' tinggi persembahan sekolah ' ! huahuahua :D apa ka burok bebeno darjat tersebut . silap silap ! ' sekolah berprestasi tinggi ' :) yaya ! sekolah berprestasi tinggi . Walaupun gelaran tersebut telah dirangkul kemas oleh sekolah aku , tapi .... lebih kurang ja bero ! malas tetap malas . bendoi tetap bendoi . setupid tetap setupid !bila jam di dendeng menunjukkan pukul 12.oo tegahari . ya ! pukul 12.oo tegahari , semua mata dah kuyu beb .Menunggu masa disorongkan bantal ja  .tapi , takdaknya disorongkan bantal .disorongkan rotan ada ! hahha :) tapi dalam kelas aku , ada la sorang dua yang bersengkang mata mendengar celoteh-celoteh yang 'menghiburkan' tu !sebab tu depa dapat semua A+ .ada la orang tu :P tettttt ! ;) konklusinya , takdak beza mana pon .tapi , satu perbezaan yang ketara ... clock tower kat sekolah aku tinggi ! tu hang takdak ! hakhakhak (gelak pon mesti nada tinngi maa ~ ) ;P

                      clock tower yang tersergam indah selama 125 tahun ! yeahhh ! :)

haa ! dah dua alasan yang munasabah aku bagi . kan ? :) sekarang , ada lagi ! ada lagi . Setelah dipikir-pikir secara logik ( ouh ! aku memang berfikiran logik ) wink wink ;) , bila mana setiap warga Georgian iaitu kuncu-kuncu yang menganggotai sekolah menengah kebangsaan perempuan st.george TERPAKSA (bukan aku yang capitalkan , dia capital sendiri ) :P pulang dari 'syurga' tersebut pada pukul 2.40 .., secara open mindednya aku mengatakan yang majoritinya 'menimba ilmu ' tapi tak ikhlas ! hahha xD ..kan ? mesti hampa setuju punya dengan aku (bajet bagoih ).Mengikut pirasat aku la ...sebelum ni , balik pukul 2.30 pon , start pukul 12.oo tengahari , dah ada dengaq bunyik -bunyik yang kurang menyenangkan . bunyi megeroh bai ! hahha :D aku tau la . huahuahua :) .lagi satu , bila mai tengahari cikgu masuk kelas nak ajaq , mesti ada sorang dua yang muka blur macam baru tengok dunia . 'eh , dimanakah aku ? kenapakah insan dihadapan aku kelihatan seperti alien dari planet zuhal  ? oh , tidakkkk ! aku dimana ? apakah sandiwara ini ? makkkk , tolong ! ' haa ! baru nak panggil mak . masa dok tidoq , hang tak engat mak hang punya harapan sikit punya tinggi kat hang .siap bercerita kat jiran yang anak dia patah kaki sebab jatoh motor ' oh , harini anak guwa pi sekolah .anak lu takpi , anak lu takpi ! ' .. hahha :) macamana nak jawab ? :P

Apa-apa pon , aku menegaskan di sini yang AKU TAK MAU BALIK 2.40 petang ! itu keputusan saya .
anda bagaimana ? huahuahua :D

aku mau choww dulu . assalamualaikum ! :)

 

  

Dec 8, 2010

B to the O to the L to the A = B O L A (!)

assalamualaikum ! wink.wink ;)


sudahsudah , hari ni aku malas dah nak berucap panjang-panjang macam penolong kanan HEM kat sekolah aku tu berucap masa perhimpunan kan ? tettt ! ''err .., hai puan ! sihat ?'' :P


Balik kepada entry aku hari ni ...  B O L A ! :) ''ouh ! apakah itu BOLA ?'' adakah sejenis makanan yang dicicah bersama sos pencicah yang dibeli di kedai mak cik Pe'ah ( sila sengaukan disitu ) tempoh hari  ?'' atau ''adakah ia sejenis binatang yang menanti hari-hari terakhir untuk disembelih dan dijadikan lauk makan malam keluarga mak cik Pe'ah untuk malam esok ?'' ouh tidak ! tidak ! tidak sama sekali ! :) tak dak kena mengena langsung wahai manusia ! 


Baik , itu pendahuluan ! hehhe ;) sekarang kita masuk bab isi kandungan ! :)


oklah , bila cita pasai bola ni sebenarnya aku tak la pro sangat tapi sekadar mengambil tahu ,dan tahu -menahu serta mengetahui la jugak pasai bola ni. Bukannya susah sampai perlu menggaru-garukan kepala yang tidak gatal umpama menjawab soalan chemistry masa final year hari tu  pon kan ? senang ja beb ! Bukak berita , dengar radio , baca paper ..dah konfem-konfem hang dah ''timba ilmu'' pasai bola sepak. ceyh ! bajet aku tengok berita la tu kan ? huahuahua :) tapi harus diingat ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian , bila dah baca paper tu ,jangan pulak tetiba hang nak cari info pasai bola dekat part katun-katun tu ! no no no ! tarak baek itu macam . :P


Selalunya bila ayah dengan abang-abang aku cerita pasai bola kat rumah , ada la kedengaran sepoi-sepoi bahasa melayu suara aku ni kan ? hahha :) ya la , agak-agak la...takkan la hang bajet ayah dengan abang-abang aku nak cerita pasai cara-cara membuat chocolate cake kowt kan ? rosak ,rosak ! mak aku ? huh ! kalau setakat bercerita ... tak jadi ! kena la tunjuk kepakaran sekali kan ? heih , bangga abeh ! :P


'Aku dengan bola ?' ;)
oh ya ! sudah sememangnya la aku xmaen benda bulat tu ! kalau aku main , mau ayah dengan mak aku heran ! '' eh eh abang , kita ada anak lelaki tiga orang ja ..ni mana mai pulak lagi sekoq sorang ni ?'' haaa ! tak ka menusuk ke kalbu tu ?=.=' at least , bila aku tak main bola ni , dapat la jugak mak aku merasa ada anak pompuan kan ? er ..kalau aku cakap '' tu la mak ! beranak lagi anak laki-laki bebanyak ,sampai 3 orang! '', konfem-konfem mak aku jawab ''hang ingat mak boleh tunjuk  nak anak lelaki ka perempuan ? dah rezeki anak laki-laki , kita kena terima cek ooi !'' ada lagi sambungan .. ''lagipon , anak laki-laki tu la nanti jaga hang bila mak ayah dah takdak nanti !'' haaa , bila mai dekat part tu , aku malas dah nak jawab .. isu sensitif !  tak boleh , tak boleh ! kalau berterusan jugak , mau sentap aku kat situ ! hahha :D




Aku ingat lagi masa aku umur .. er , maaf ! tak dapat dikenalpasti ! :P pemain bola pertama yang aku minat .. BAMBANG PAMUNGKAS ! dia dulu main untuk selangor tapi dia asal dari indon sebenarnya ! haa , dulu aku kira penyokong setia selangor la ! hahha :) kira bambang ni punya pasai !     
                                            ouh ! ini dia ... BAMBANG PAMUNGKAS ! :)


Tapi sekarang , dah tak dak lagi pemain nama Bambang Pamungkas dalam team Selangor . harap maklum ! sekarang ni , dia dah main untuk negara dia sendiri daa .. :) 


Bila cerita pasai pemain bola sepak pulak , dak konfem-konfem kalau tanya dekat mana-mana lelaki di luar sana .. nama -nama pemain bola sepak luar mesti ada jugak terselit-selit disitu ! sebab apa ? terror katanya ! stylo katanya !  manchester united ? chelsea ? barcelona ? arggghhhhh !  liverpool jugak pilihan aku. hahha :) Selalunya , bila aku tanya kebanyakan lelaki la , hang minat footballer sapa ? SELALUNYA , nama christiano ronaldo jugak yang disebut-sebut ! tak pon .. drogba ! tak pon , michael ballack ! 




                                                ouh ! ni bajet handsome namanya ! :P


                                                                     Didier Drogba ! 


                                                               ini .. michael ballack !                         




tapi tak bagi aku ! christiano ronaldo tu kira orang terakhir yang akan aku pilih .Itu pon setelah melalui proses-proses utama terlebih dahulu ! ditapis ? ouh , HARUS ! :) Bila cerita pasai Christiano Ronaldo ni , perempuan-perempuan di luar sana sudah se MESTI nya memilih beliau dengan alasan-alasan yang sungguh annoying ! macho katanya ! handsome katanya ! kacak katanya ! piiirrrraaaaahhhhhhhhhh ! yang ado ! STEVEN GERRARD jugak pilihan aku ! hahha :)




                                                          haa ! ni baru betoi ! :P   


dah banyak dah aku dengar pasai pemain bola separ luar ni ! dah malas dah.sungguh menyakitkan telinga . lagi satu , bila cerita pasai pemain bola sepak luar ni , mesti ada saja nak banding-bandingkan dengan pemain bolasepak malaysia ! kan ? kalau dah banding-banding tu ,dah konfem-konfem mulut capoi yang amat ! Boleh pulak dok mengutuk pemain kita sendiri kan ? oo , bila menang ... beria mengaku ' SAYA ANAK MALAYSIA ' .Bila kalah ja depa tu , mula la keluar segala macam ayat yang mempamerkan ketidakbijaksanaan disitu ! macam-macam ! Dah kalau pandai sangat dok menghina orang lain , awat tak pi jadi wakil malaysia ja ? HARUS DIINGAT ! kalau la anda-anda yang bermulut celupar tu terror sangat main bola sampai pandai sangat mengkritik pemain-pemain bola sepak malaysia , tak dak la sekarang ni anda yang jadi pengkritik ! seharusnya , anda yang jadi orang yang dikritik ! tak gitu ? sepatutnya , kalau dah pandai sangat main bola , dekat atas pandang tu la tempat anda sekarang ! (er , maaf ! ketidakpuasan hati berlaku di situ) :P


Aku bukan apa..kesian sebenarnya. Kadang-kadang , kita sampai lupa pemain-pemain kita sebenarnya sangat-sangatlah mengharapkan sokongan daripada kita ! kalau dah bagi sokongan tu , jangan bila menang ja ! bila kalah , hang lari ..! memang tidak bijak langsung ya anda ! harap maklum ! :) Aku berani cakap la ..maybe ada sesetengah peminat bola sepak yang sememangnya meminati bola sepak luar tak pernah tau atau kenal pemain bola sepak dalam Malaysia ! ok , fine kalau hang memang tak minat bola .tapi , yang peliknya ..hang boleh pulak kenai ~Kaka , Alexandre Pato ,Luis Figo ~ dan sewaktu dengannya  tapi nama kapten team bola sepak malaysia pon hang tak tau ! tu memang la kritikal wey .sila balik ke pangkal jalan .. :)


                                                                zaquan adha ... striker ! :)


 haaa , dia ni kalau ampa tak kenai .. aku rasa , adalah lebih elok kiranya ampa menghempas-hempaskan kepala ampa di batu yang bergelimpangan di pantai ! tima kaseh ~ :)


 ouh ! saya bukan  meletakkan muka zaquan dua kali , 
tetapi ini adalah kembarnya , aidil zafuan!  harap maklum! :)

oh ya ! ini adalah safee sali .. juga antara pemain yang hebat pada pandangan saya ! :)


p/s : yang baju kuning tu ! ;)

haaaa ! ni sapa yang tak kenai ? memang nak kena belasah cukupcukup ni ! dussshhhhhhhh ! =.=' itu adalah BADDROL BAKHTIAR , peminat aku ! eh , eh .. aku yang minat dia ! hahha :D
Dia sangat-sangat la terror bagi aku . cekap.pantas. padu. :)
                                                          
Sebelum aku mengundurkan diri .. ''ewah ! seronok pulak ampa noh ?'' =.=' , aku nak ucapkan T A H N I A H kepada team bola sepak Malaysia sebab berjaya mengalahkan Laos sampai lunyai ! hakhakhak ( gelak besaq ) :P 


                                              ouh ! ini berita daripada KOSMO ! HEEE :)


cepat tadah tangan ! ALHAMDULILLAH :) 


aku pon dah penat menaip . take care ! 


assalamualaikum ! :D

Dec 7, 2010

pabila DISEMBER menjelma .. :)

assalamualaikum. wink wink ;) 

ALHAMDULILLAH ! hidup lagi aku hari ni.hehe :) .Sebelum aku lupa , aku nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH  untuk semua .haih...bila pikiaq-pikiaq , masa ni cepat ja berlalu kan ? aku pon tak lama lagi , genaplah umur aku 16 tahun ! hahha :D nak jugak bagitau kan ? :P pejam celik pejam celik , tahun depan aku dah form 5 ,pejam celik pejam celik tahun depan aku dah SPM ,pejam celik pejam celik aku dah abih sekolah setelah 11 tahun menanggung beban buku-buku sekolah yang berat tak hengat tu kan ? Tu la hang, orang lain semua tinggal buku teks kat sekolah , hang kalut nak bawak balek rumah ! konon-konon , kalau tinggal buku kat sekolah , nanti terlupa nak buat kerja sekolah la kan ? arggggghhhhhhh ! auuuuuttttaaaaaaaaa  ! buku latihan sama jugak macam xbawak balik rumah .ciri-ciri SUCI DAN MURNI masih diterapkan disitu .yyyyeahhh ! :P

Bila bulan Disember menjelma ni , aku teringat bila mana bulan Disember TAHUN LEPAS ! yaaahhh , bagi aku bulan Disember tahun lepas sangat-sangatlah menakutkan tahap gaban ,menyedihkan sungguh umpama hang tengok drama budak-budak yang kehilangan mak dengan ayah sebab eksiden kena langgar lori  kayu balak , dan ada jugak yang menggumbirakan umpama manusia-manusia yang baru dapat gaji pertama dan beria nak belanja kengkawan tengok cita ngangkung kan ? tetttttt ! hahha :D senang cita ,macam astro ..MACAM-MACAM ADA ! :) 

Bila aku teringat bulan Disember tahun lepas , memang banyak yang aku dah tempuh dalam masa sebulan sahaja ! Bila mana ,keputusan PMR akan diumumkan ... dan2 baru nak buat solat hajat kan ? propa ja kao ! :P tapi macamnapon , keikhlasan hati masih diterapkan disitu ya ! bila ja keputusan PMR nak kuar , masa tu la penyakit demam binti selesema bin batuk menganggu jiwa dan raga aku .haihh , macam-macam la ! Dah la tu , kalau dah mengganggu ketenteraman aku , bukannya datang sat-sat ja ..kalau mai sekali , ha ! macam xmao berpisah dah .ada la dalam 3 minggu aku dok menanggung derita .Ni la akibatnya bila 5 tahun sekali baru hang demam kan ? hahha :D ..kadang-kadang , aku terpikiaq jugak ..'' eh , eh ! kuat jugak aku kan ?'' hahha :)

Aku teringat jugak ,masa Disember tahun lepas la .. aku dapat handphone baru ! Setelah agak-agak dalam 2 minggu kot handphone sony aku yang brand apa aku pon x hengat rosak dengan tak semena-mena ! Memang 'hot' gila aku masa tu ! Pi kedai konon-konon ada harapan la aku nak bermanja-manja lagi dengan handphone aku tu , yang ado ! takdak maknanya semua tu ! beria ja cina kedai tu yakinkan aku konon-konon handphone aku masih ada harapan nak sembuh kan ? pala ho hang ! dah terang-terang handphone aku masa tu dah kritikal , tak payah la nak kelentong manusia yang sememangnya bengong ni .ish ! dah rosak handphone tu , apa lagi ? jeng jeng jeng ;) misi untuk membodek-bodek hencik ayah ! ;) Setelah dibodek-bodek serta unsur-unsur kasih sayang diterapkan disitu , hahha ! manada ayah-ayah yang sanggup nak tengok anak-anak dia meminta-minta dengan muka ala-ala kehilangan suami tersayang yang kelemasan setelah beria nak mandi dekat kepulauan masalembo-laut jawa tanpa mempedulikan diri yang tak tahu berenang ? er , boleh ka macam tu? :P apa ? pelakon paling dramatik ? HARUSLAH ! :p



                W705 ! ni la handphone yang aku dapat setelah kata-kata manis diselitkan ! ;)


k dah , tu bab handphone baru .. :) sekarang kita proceed kepada KEPUTUSAN PMR 2009 ! 
aku malas nak cita panjang-panjang pasal ni. yang penting , apa yang aku dapat dah cukup menggembirakan aku serta keluargaku yang tersayang especially ayah aku la kan ? gila hang tak suka ? kira bagi ayah aku , berbaloi -baloi la kan dah bagi handphone tu ! tak dak la timbul ketidak puasan hati di situ ! yeahhhhh ;) tapi apa yang aku tak puas hati masa amek result PMR ni , demam aku tak jugak baek-baek ! hishhhhhh , menyampah den ! :( demam aku pon mengada nak mamp .. ! pandai sungguh hang wahai demam noh ? hang elok time aku amek result 2 ja .lepas dah amek result ,lepas dah tangkap gambar untuk paper BERITA HARIAN  dengan paper UTUSAN (tapi gambar aku tak dak pon , pendek  tak tinggi la katakan ) camnie arr berita harian kan ? camnie arr utusan kan ? =.=' , setelah berusaha mengeluarkan aiq mata kegumbiraan , hang mai balik ? dushhh ! masuk-masuk ja kereta nak balik , dengan tak semena-mena , demam balik ! argggghhhhhhhhhhhhh ! seriously aku cakap , aku memang benci gila la time tu. tapi nak buat macamana kan ? terima ja la ..wuwuwu :) ada hikmah disebalik apa yang berlaku (: sila angguk ! angguk ! oyyeah , macam tu la budak baik :)

haihhhhhh . suda la .aku dah penat menaip .tua la katakan ! :P eh liana rosli ,kata kuat ?? HAHA ^^ tu dulu ! :P

assalamualaikum ! :)




Dec 5, 2010

lagu S E M A N G A T (!)

Assalamualaikum ! wink , wink ;)


ollaaaaaa .aku lagi ! hihi ^^ ..kenapa ? x puas hati ? mau gadoh ? huh ! NO NO NO ..! mak saya cakap , tak baik gadoh-gadoh .. berdosa , mati seksa. so , kita kawan ekh ? ok ok , kahwin kawan! ;) 


oklah , berbalik kepada tajuk ! aku sebenarnya , tak tahu nak tulis apa .tapi ,disebabkan keboringan yang melanda yang teramat sangat dan melebihi tahap maksima (sangat-sangat over) , dan pikiaq punya pikiaq , last2 aku ingat nak tulis pasal lagu SEMANGAT aku ! haha :D 


Bersempena dengan SPM yang bakal menjelma TAHUN DEPAN , ulang suara TAHUN DEPAN , maknanya apa ? ha ? maknanya tak lama lagi dah  ? ish ! NO NO NO ! maknanya .. aku dah nak habis sekolah tahun depan la ..HA HA HA xD (gelak BESAR) padan muka ko ! :P 
Bercerita pasal lagu SEMANGAT aku , sebenarnya ...lagu SEMANGAT ni menandakan lagu-lagu yang membawa SEMANGAT kepada aku untuk menempuhi ranjau-ranjau hidup pada tahun hadapan ! acceyh , over gila LIANA ROSLI ! =.=' haiiiiihhhh , bila pikiaq -pikiaq , banyak lagi benda yang perlu aku menelaah .Ni lah akibatnya bila cikgu mengajar kat depan , hang sibuk dok kutuk cikgu kat belakang kan ? HA HA HA ! ok , aku JUJUR ! tak berkat ilmu cik ooi ! sudah-sudah , nanti raya christmas   aidilfitri , p mintak maap ! (ya , masa raya saja aku mintak maap) hihihi ^^


Sudah liana rosli , dah banyak dah hang ceramah .sila balik ke pangkal jalan ! :)
ok , bila aku dengaq banyak sangat lagu dalam radio , dekat facebook , dan sewaktu dengannya ..last-last ! lagu PELITA nyanyian A.P.I telah menjadi pilihanku . huahuahua :) tak tau la kenapa , tapi ..bila aku dengaq lagu ni , aku rasa semangat aku semakin membongkak  meninggi ! ya , aku tau aku pendek tak tinggi tapi tak salah kan kalau semangat aku yang tinggi ? ceyh! bagi la peluang aku nak  bangga sikit ! kan ? kan ? ;P
Lirik lagu ni pon sangat -sangat bermakna bagi aku ..ulang suara , BAGI AKU ! Kalau ampa rasa lirik lagu ni tak bermakna langsung , erhh ! ada aku kisah ? huahuahua :D ..Kalau ada fikiran sapa-sapa yang berbaur seperti 'eh , lagu apa ni ?aku tak pernah dengar pon ?' atau 'eh budak ni ! mesti la lagu ni lagu raya sebab dah sah-sah tajuk dia pelita kan?' ataupun ' e'elerh budak ni , saja nak ayamkan aku ..ingat aku tak tahu dia kelentong ja lebih !' k fine , nak bukti ? nak ? nak ? eh , come on la weyh ! aku orang baik-baik ..mana ada kelentong-kelentong bagai ! nak sangat bukti kan ? haa ! SILA LIHAT DI BAWAH ! :)




Lirik Pelita – A.P.I (OST Hooperz)


Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat ku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya. :)


ehem ! ehem ! ;) haaa .. ni la lirik lagu pelita tu .. eh eh , ada lagi unsur-unsur tak puas hati seperti ' e'elerh budak ni..aku pon boleh kalau setakat nak tulis lirik ' ataupun ' ewah-ewah , pandai jugak budak ni tulis lirik !  tapi lagu tak dak pon ?' haa ! tu namanya kutuk 2 ini 1 ! sebab apa ? sebab .... dalam dok kutuk-kutuk tu , ada jugak unsur kepujian yang diterapkan ..huahuahua :) oh , sekarang ni , ampa nak cakap yang tak dengar lagu , kira autaaa la ? cis ! pantang datuk nenek moyang aku cakap aku autaaa ! mau bukti ? bukti ? baek ! ;)


                                                            
haaa ! tudya ... bukti bahawa diri ini sangat -sangat JUJUR ! kan ? kan ? ;) BTW , sebenarnya A.P.I ni terdiri daripada  Noh Hujan, Lan Typewriter, Din Homatov Estranged, Imran OBS, AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers  tapi kalau ampa tanya aku A.P.I tu , maksud dia apa .. haa ! pandai-pandai la cari sendiri naa sebab aku pon tak tau ! huahuahua ^^ 


..,ok lah , aku dan penat menaip ! aku chowwww dulu .. :)


ASSALAMUALAIKUM !


p/s : aku minat lan ! wink .wink ;)

Nov 23, 2010

A . K . U (!)

ASSALAMUALAIKUM ! wink.wink ;) hahha  :D

waaahhhh ! rasanya , dah lama akuh x melawat belog ni kan ? kan ? kan ? dah berkulat dah haaa ! 
Segala-gala bakteria merbahaya + fungusfungus yang datang tanpa diizin  .. ish ! memang x tau malu betoi la !
dasar PARASIT ~! hahha :))

Untuk harini  , aku rasa aku nak cerita pasal aku la .. hahha :) kalau ampa rasa x mau tau , SILA BEREDAR !
timakaseh .. heeee :)
Terdetik dihati ini untuk buat entry macam ni pon sebab semalam .. ada la seorang makhluk TUHAN paling seksi .. wahahaha xD tanya aku pasal aku .. eihhh ! tetiba ja sibuk nak tanya psal aku pulak .. 'hang sapa ? lawyer ? majistret ? ceyt ! x dak kena mengena lagsung oke ? tetiba nak tanya pasal aku pulak .. tapi , terima kaseh la aku ucapkan ! hahha :) ..sebab soalan dia , timbul lah idea aku nak typetype kat sini kan ? hehhe :) JASAMU DIKENANG , MANUSIA ! xD 


so ? kita teruskan ... semua pasal apa yang aku suka , apa yang aku x suka , apa yang aku benci , apa yang aku cinta , apa yang aku meluat , apa yang aku berkenan .. haaa ! dan sewaktu dengannya .. :)

1) Aku suka ber 'FACEBOOK' .. yeah ! siapa la x suka kan ? HIPOKRIT ja 2 .. :D

2) Aku suka ais batu like gila ! ..ais batu ni kira benda WAJIB dalam setiap hari-hariku ! hahha :) x dak ais batu , hidup aku x tenang weyh ! haiyo .. .. .. apa la mau buat ini ? herh ;)

3) Aku suka lagu jiwang  ..yeah ! lagu jenis sedih-sedih yang boleh buat kalian-kalian menagis tersedu-sedu ! herh ;) tu la aku suka ..  lagu rock ? pop ? irama tradisional ? sorry la... den x berkonan  ! :)

4) Aku tak suka manusia-manusia yang beria post kat status FB dia yang berbaur ' I  love U forever , sayang ' dan yang sewaktu dengannya ..  ! eihh .. nak ja aku lepaskan berdas-das tembakan maut kat kapla dia .. come on la weyh ! rasa cinta dalam hati hang sorang-sorang dah la .. hang sorang ja yang rasa , tak payah la nak heboh-heboh kat orang lain ! tak penting pon la deyy ! ( hehhe .. maaf ! ter'emosi' seketika .. :P )

5) Aku suka warna biru ... putih .... hitam ...  ! yeah ! n FYI , i hate pink ! hahha :) sory diucapkan kepada peng'obses-obses' pink .. ya ! memang ada aku pakai tudung or baju warna pink , tapi PERCAYALAH ! itu adalah kerna diri ini diugut ! argggggghhhhh .. =.='

6) Aku tak suka manusia -manusia yang setiap kali aku bagitau aku asal penang , statement  seterusnya mesti macam ni .. ' awak ni mesti ANAK MAMI ! ' herh , deyyy !  aku anak ROSLI la , ayah aku bukan nama MAMI ! haiyo .. rasional la sikit ..  =.=' bukan semua budak penang tu , ANAK MAMI la wey !

8) Aku sangat-sangat senSENTAP ..  ! cepat marah .. cepat terasa  .. dan bila aku marah , DIAM adalah sebaiknya !  kan ? kan ? bagi aku , diam lagi bagussss ! daripada ampa marah-marah lepas tu bising-bising  ! arggghhh .. lagi la bertambah ke'tension'an !

9) Aku tak suka insan-insan yang cepat sangat menangis ! haiyo .. come on la ! TABAH la sikit .. pasal benda kecik pon nak nangis ka ? ish ..

10) Aku suka gigit kuku .. hahha xD .. bila aku rasa takut , kuku lah jadi mangsaku ! hehhe :)

11)Aku suka makan coklat ! yeah :) tidak sempurna hariku tanpamu ! 

12)Aku suka perkataan 'ANJAKAN PARADIGMA' .. cuba sebut ! best kot .. hahha :P

13)Aku tak suka TIKUS ! arggghhhh ! hanya tuhan yang tahu betapa gelinya aku dengan tikus ni .. kalau aku tengah makan dan secara tidak sengaja , dari jauh ternampak bayang-banyang tikus , ataupun ekor tikus sekalipon , maapkan den ! den dah tak mau makan .. hahha :D  . mengada kan aku ? er  .. biaqlah .. ! wekkk :P

14)Aku suka berlagak ! wakakaka xD .. YMTT( yang mana tau , tau ! ) hahha :D

15)Aku tak suka jerawat-jerawat yang berkeliaran ! hahha :D .. tak suka ! tak suka ! tak suka !

Baiklah , sampai sini sahaja coretan buat kali ini ! hahha :) 
see u next time .. daaaaaaaaaaaaaaaaa .. 

ASSALAMUALAIKUM  ! :)

Nov 15, 2010

gaNu ohhh gaNu (!)

assalamaulaikum  ! macam besa .., WINK.WINK ;)

wey , wey ! akuh an ..... bwu bLek drpaDa t'GGanu ! yeaaaahhhh , 'kta tgok , pnyu bteLor' ! hehhe :D
baru 2 .., xdk la baru mana ..tpi akuh rsa mcm baru ! so  ? DIAM ! timakaseh :)

T E R E N G G A N U ! 
yeah  ..,bgi akuh , TERENGGANU mmg best ! dah lama akuh xp sana ..laz akuh p pon , masa kecikkecik comei lote dulu . herh ;D skunk nieh ., dah x seCOMEL dulu , baru p lagi skali .. yayyyy ! sila tepuk tangan ;)
Memang banyak giLaaaa perubahan kat sana   ! yes ! TERLAMPAU BANYAK ! almaklumlah , akuh dah lama x p an .. haihhhhhh =.= TERLAMPAU BANYAK bak  ! bangunan (!) tumbuh sana ...tumbuh sini ! bina sana ....bina sini ... ! boleh kata , mcam .. MANUSIA-MANUSIA SIGN UP FACEBOOK larh ! makin hari , makin banyak ! er ..., boleh ka macam tu ? heeee :)

dah2 ! mlas mo cita banyak-banyak ! SILA PERHATIKAN PICTURES-PICTURES GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH  :)  (p/s : bahasa mencerminkan keperibadian kita ) wink.wink ;)

                                 MASJID TERAPUNG ! yeah  .. tu , tgOk ! atas aiq tao ! :)
                                               (p/s : kat PENANG pon ada ) xD


                              haa ! ni SS namanya ! SYOK SENDIRI !  ... kat pantai BATU BURUK ! :)


                                                      uhhhhh ! L.Y.N without A  ! huhuhu :'(

                                        

                                                  TAMAN TAMADUN ISLAM ! love it .. <3 
(p/s : masuk sini , akuh rasa macam akuh BARHIJRAH secara KALUT ! macam2 negara akuh p dalam SEHARI ) yeahhh ! ;)


                               yayyyy ! we were in PALESTIN ! KUBBAH AS-SAKHRAH :) 
                                                       (p/s : ni PALING CANTIK ) :)
                                                                              

                                                     kalyan minaret , UZBEKISTAN ! :)


                                                                er ,, xsure ! herh :D sorry :)

                                                         
                                 GREAT MOSQUE OF SAMARRA , IRAQ ! :) ... unik !



               tu haa ! amek no.fon ! (p/s :orang yang bawak beca ni , HANDSOME tao ! ) ;)


                      pintu masuk MASJID KRISTAL ! sangat sangat akuh SUKAA ! <3



                      yahhhhhh ! depan ISTANA MAZIAH ! xdpt msok , tgkap gmbaq pon jadiiiiii  .. :) 
       


                                                  ceyh ! ANAK SAPA la 2 dok men pasiaq ! xD



                                               MASJID KRISTAL ! sangat sangat cantik oke ? :)


                  BAS CHANTEKKK ! :) TERENGGANU sahaja oke ? :)

yayyyyyy ! abeh dah upload gmbaq ! hahahha :D papapon , akuh NASIHATkan ampa  , 'PAKAT-PAKAT GI GANU deyh ' :)



ASSALAMUALAIKUM :)

Nov 10, 2010

A K H I R N Y A ! ;)

ASSALAMUALAIKUM ! winkwink ;) ;)

oLLa ! heeeeeeee :D weyh ! rnie en , akuh en ... BAHAGIA GILAA kowt ! hahha :D
..,nk tao sbb pa ? ehem2  !

A K H I R N Y A ! 

stlah hmpir sminggu dri ini MENUNGGU , MENUNGGU dan TERUS MENUNGGU dgan pnOh  KESABARAN dan KEIKHLASAN  ( wahaha xD )  .. hri nieh ! terJAWABlah suDaa sGala perSOALan ! yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ! (sila tepuk tangan ) :)


haaaa . nak tao pa yg akuh tggu ? nak ? nak ? heeeee :D 
.., sbnaqnya , bnda yg akuh tggu nie   . .

- xdak kna mngena ngn ampa ! tpi , akuh pnya bLoG an ? skatie akuh r ..wakaka xD
- bukn psai ampa  ! er , ada ka akuh nk tuleh psai ampa ! ceyh ! xdk kja .. :D
-psai SESEORANG ! sapa ? tunggu la DEYYY (!)
-btoi2 mguji KESABARAN akuh (walaupun sbnaqnya akuh mmg owg yg SABAQ ..~ lalala~ )
-xdk kna mngena ngn akuh , tpi ... sukasuka akuh r nk tuleh ! bOOOOOooooo ;)

er .., nak tao pa ? yaaa ! jengjengjeng ..


2





       
                 yayyyya ! nieh la akuh nk gtao ! :D

BADDROL BAKHTIAR ! yess ! psai BADDROL BAKHTIAR  .. !
.., nk tao apa yg mmbuatkan HATIku begitu BAHAGIA ? 

BADDROL BAKHTIAR ................

still maen tok KEDAH 2011 nnti ! yayyyy ! (sila lompat kegembiraan) hahha :D
er , akuh nie bukn pa .. .. akuh snok sgt pon bukn sbb pa .. TERHARU sbnaqnya ! haha :)
of coz la TERHARU weyh ! banyk gla kowt tawaran yg dy dpat dri NEGERI-NEGERI laen , tapi ..


HATI BADDROL MASIH DI KEDAH    !!  <3
 
wlaopon , akuh bukn KEDAH mali pnya , tpi .. akuh knai dy msa dy dlm KEDAH  ! 
akuh mnat KEDAH pon , psai dy ! 
akuh ska p KEDAH pon psai dy ! (brangan la knon2 leyh jumpa !) wakaka xD
akuh mnat bola LIKE GILA pon sbb dy ! haaa ! pa lgi  ?
dsebbkn KEDAH la , akuh knai dy ! so .., akuh mmg 100 % skong dy men tok KEDAH ! heee :D

lagilagi , pa yg wt akuh BANGGA MEMINATI BADDROL BAKHTIAR kerana :

1 ) wlaupon dy dpat bnyk twaran (BANYAK GILA ) , tpi dy ttap SETIA PADA YANG SATU !
2) dy dpat twaran yg LUMAYAN , tpi .. dy xrak ksah wo .. sbb pa ? sebab dy .. BUKAN MATA DUITAN ! 

3) dy men KEDAH , akuh dok PENANG ! so ..., DEKAT JAAAA ! (bOleyh la akuh bragan jmpa dy lgi) wink.wink ;)

haaaaa ! 2 sbb la akuh TERHARU dan BANGGA sgt dengan DIRIKU sbb  minat dy ! heeee (sila berdiri tnda bangga kepada akuh) yayyy ! :D

BTW ! tlupa lak nk gtao KEJAYAAN dy .. heee :D hri2 , BADDROL BAKHTIAR tlah dinobatkan sebagai !!!! JENG JENG JENG .. ;)


                         PEMAIN TENGAH TERBAIK !!

lgi la btmbah BANGGA akuh ngn deni an . hahha :D  pa2pon , ampa doa2knlah akuh terJUMPA dy ! tao2 ?
p wat SOLAT HAJAT ka , herh ;D   .. 

k lah , stakat nieh saja KEGEMBIRAAN akuh dikongsi . heee :D klaO agk2 xsuka BADDROL BAKHTIAR 2 , er .... ADA AKUH KSAH ? yg pnting ! akuh mnat ha .. ! hahha :D


k BUBBYE ! ASSALAMUALAIKUM ! winkwink ;)

p/s : tulsan rnie , HIJAU + KUNING smpena smngat KEDAH ! wahaha xD  PULUN KEDAH PULUN ! :))